Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ustaz.boleh x kalau kita xde wuduk baca ayat al-alquran.tpi x pegang alquran. Just Pakai al-quran dalam fon saje. Sah ke ustaz? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membaca al-Quran dengan mengguna pakai aplikasi al-Quran di dalam telefon tanpa berwuduk adalah dibolehkan. Harus bagi orang yang tidak berwuduk untuk membaca al-Quran tanpa memegang atau menyentuh al-Quran. Namun, pastikan tidak menyentuh ayat al-Quran yang sedang dipaparkan pada skrin telefon. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci” (al-Waaqi'ah : 79) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.