BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. sy ingin bertanya... Mengenai perihal status hubungan kedua ibu bapa sya... Mak sy brkhwin dgn ayh sy dgn brbeza ngra.. mak org sni ayh org indonesia.. prkhwinan adalh khwin kmpung shja.. tiada surat kawin.. hanya berimam dan d walikn oleh arwah atok sy sblh mak... Stlah skian lama brkhwin.. ayah sy sering meninggal kmi ank branak, stu msa tu.. ktika ibu sy mngndung adik sy yg bongsu pd thun 2004 bln 12 , usia kndungn mak sy msh d awal kandungan... Ayah sy mninggal.kmi tnpa nafkah dan telah brkhwin dgn prmpuan lain d indonesia... Ayh sy jgk prnh mengirim srat yg brnyi " jika ada ssiapa yg hendkn kau, (mak sy) maka kw khwin lh.. sbb aq dsni d indonsia sdh brkhwin... Stlh skian lama adik sy yg bngsu brumur 2 thun dia dtg kmbli kpd kmi n brkta dia msh suami kpd mak sya... Maaf ya mk sy kurang fhm soal hukum2... Skrg ni ayh sy.. nk dtg kpd kmi dia dtg.. klw dia bosan dia kmi ank branak prgi indonsia... Mcm tu lh.. ada pn tggl dgn kmi dia xberi langsung nafkh soal duit makan mnum kmi ank branak.. sbb rmh kmi tggl adlh rmh mak peninggalan arwah nenek sblh mak... Prsoalan sy d sini, adkah mak sy dgn ayh sy msh dlm ikatan prkhwinan yg sah?... Mohon pnjelsan ustaz. Sbb kmi bt ic d jpn.. sy hanya kemukan.. bhawa kmi telah dtgglkn oleh ayh kmi tnpa cerai.. sbb mcm tu lh kdaan sbnr... Sy mhon pnjelsan kpd phak tuan..mnta tlg sgt2 sbb sy xthu nk tnya mana.. ni pn sy tgok online gogle... Trima ksh


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan kenyataan yang diberi status pernikahan ibu bapa saudari mereka masih lagi suami isteri. berkenaan lafaz yang ditulis dalam surat tersebut merupakan lafaz talak secara kinayah (yang tidak jelas). Ia memerlukan kepada niat suami. Jika suaminya berniat untuk cerai, maka jatuhlah talak. Jika tidak berniat cerai maka talak tidak jatuh. Tentang pernikahan yang tiada surat (dokuman) ia hendaklah direkodkan dan didaftarkan di Pejabat Agama Islam yang berhampiran tempat tinggal agar status perkahwinan mereka dapat dibuktikan secara rasmi. Disamping itu, isteri yang tidak mendapat nafkah yang sepatutnya bolehlah mengemukakan perkara ini ke Pejabat Agama untuk khidmat nasihat dan tindakan yang boleh diambil terhadap suaminya yang tidak menjalankan tanggungjawab dan kebajikan isteri dan anak-anak serta mengambil mudah dalam urusan hukum-hakam dan undang-undang perkahwinan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 64

message user image