Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum 1) Apakah hukum menanam jambang bagi lelaki yang memang tidak tumbuh jambang yang lebat? 2) Apakah hukum download & mengupload semula video yang di buat oleh orang bukan islam ke youtube untuk dapatkan bayaran dari youtube/google. Adakah wang itu halal? Contohnya : download movies atau animasi/kartun/short video/video viral dari internet, selepas itu edit video tersebut, dan upload ke youtube. Dapat bayaran dri youtube.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukumnya adalah harus. Boleh merujuk kepada fatwa seperti link berikut : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2010/569-hukum-menanam-rambut-di-kepala 2. Hukumnya adalah harus dengan syarat mendapat kebenaran daripada pemilik video tersebut, kerana ia adalah milik orang lain, maka dimestikan mendapat izinnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.