BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamulaikum, soalan sy , 1. Ada kah jodoh dn rezeki itu telah ditetapkn oleh Allah sejak azali lg dn ada kah kita bole usaha utk dptkn jodoh dn rezeki yg lbh baik wlpn tlh ditakdirkn oleh Allah. 2. Benar kah kita bole ber usaha utk berubah diri kita kepada lbh baik sedangkn kita tau qada dn qadar di tgn Allah dh tentu kn. cthnya sy tlh berkawin dgn org yg tidak baik akhlak nya perlu kah sy ubah kn takdir jodoh itu utk mengawini org lain yg lbh baik.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Benar, jodoh dan rezeki telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Adapun kita tidak pernah tahu takdir kita bagaimana. Adalah menjadi tugas kita untuk berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan yang terbaik, kerana itu juga adalah takdir Allah SWT. 2. Benar, kita boleh berusaha mengubah diri untuk lebih baik. Berkenaan soal perkahwinan, ia adalah suatu pilihan. Bermakna kita berkenal-kenalan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang. Dan kita boleh memilih sama ada untuk menerima atau menolak jika tahu bakal pasangan kita tidak baik akhlaknya. Ambil tahu latar belakangnya, ahli keluarganya dan sebagainya. Bukannya terima bulat-bulat kerana beranggapan dia adalah jodoh yang Allah telah takdirkan. Jika setelah berkahwin baru mengetahui tentang akhlaknya, adalah menjadi kewajipan suami untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar yang baik kepadanya, bukan terus berubah untuk berkahwin dengan orang lain yang kita belum tentu sifat dan akhlaknya bagaimana. Kerana manusia itu boleh berubah-ubah perangai, kelakuan dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image