BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan pembayaran FIDYAH. kadar bayaran Fidyah yang dikenakan adalah berbeza mengikut negeri. Soalan saya, adakah saya perku membayar fidyah di negeri tempat tinggal saya ( kuala lumpur) atau saya boleh memilih untuk membayar fidyah di mana-mana negeri? contoh: kadar bayaran fidyah yang dikenakan di tempat tinggal sya iaitu di kuala lumpur 1 hari= RM4 manakala kadar bayaran fidyah di kampung saya iaitu di Selangor dan Johor adalah lebih rendah. Boleh kah saya memilih untuk membayar fidyah di kampung?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, boleh membayar fidyah di mana-mana negeri mengikut kadar yang telah ditetapkan. Sebaiknya, bayarlah fidyah di negeri tempat tinggal puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 125

message user image