BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum Datuk Mufti Soalan : Apakah status sebenar mengenai Selawat Kubro ? Ada yang mengatakan selawat tersebut di bawa khas dari langit oleh malaikat Jibril AS (Hadith An Nasaie), ada yang mengatakan selawat ni bukan di karang oleh manusia kerana ia di ajarkan oleh .Malaikat Jibril AS dan ada juga mengatakan selawat tersebut di karang oleh Imam Junaid al Baghdadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, terdapat maklumat yang menyebut bahawa selawat tersebut adalah karangan Imam Junaid al-Baghdadi yang dinukilkan daripada Alfiyatuselawat oleh Syeikh Muslih bin Abdurrahman al-Muraqy. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 128

message user image