BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah amalan malam nisfu syaban itu bidah atau sebaliknya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, amalan malam Nisfu Sya’ban tidak boleh dihukumkan sebagai bid’ah. Malam tersebut adalah salah satu malam mustajab doa, ada dinyatakan dalam kitab karangan Imam al-Syafie dalam bab ibadah pada malam dua hari raya iaitu : Berkata Imam al-Shafie : “Sampai kepada kami bahawa ada dikatakan doa akan diterima pada lima malam; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Qurban, malam Hari Raya Puasa, awal malam dari bulan Rajab dan malam pertengahan bulan Sya’ban (malam Nisfu Sya’ban)” (al-Umm) Ia juga merupakan persoalan khilafiah iaitu perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam. Rujukan fatwa : https://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/361-fatwa-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furu والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 87

message user image