Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Sy tegur isteri yg kerap tidur lps waktu asar.dia kata bkn selalu,timbul skt prtngkaran.jgn sampai sy bg peraturan Dia cabar 'berilah"apa peraturan pn.sy kata mulai esok dan setrsnya jika kamu tidur lps waktu asar jatuh talak.kecuali sakit @ kepenatan.sy khuatir jika dia terlupa akan jatuh talaknya.niat sy sekdr nk bg peringatan yg tegas.sy pd ketika msh boleh kawal kemarahan sy. Jd blhkah sy tarik balik amaran itu.? Klau blh bagaimana?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, apa yang tuan lafaz iaitu : “mulai esok dan seterusnya jika kamu tidur lepas waktu asar jatuh talak kecuali sakit @ kepenatan”, itu adalah kategori lafaz talak secara taklik. Apabila suami telah melafazkannya, ia tidak boleh ditarik balik dan terikat sepanjang perkahwinan selagi isteri belum melanggarnya. Sekalipun jika isteri terlupa lalu melanggarnya, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Kecuali jika dia tidur selepas waktu asar kerana sakit atau kepenatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.