BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum..saya ingin bertanya (ketika berpuasa fardhu ramadhan) apa hukum jika seseorang itu telah melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi dia tidak tahu perkara itu membatalkan puasanya. setela mencari diinternet didapati perkara itu membatalkan puasanya. soalan : 1. adakah puasanya yg dilakukan sekrg batal atau masih boleh diteruskan? 2.adakah puasa sebelum ini tidak sah dan perlu diganti?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Puasanya batal sama ada tahu atau tidak tahu apa yang dilakukannya itu merupakan perkara yang membatalkan puasa. 2. Puasa yang telah terbatal itu wajib diganti sama ada puasanya sekarang atau sebelumnya selepas habis bulan Ramadhan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 233

message user image