Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: kalau kita solat berjemaah imam tutak berapa betul baca Al Fatihah. bolih ke kita jadi mamum. bolih tuan jelaskan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jika didapati bacaan al-Fatihah imam tersebut tidak betul semasa solat, maka makmum hendaklah menegur dengan membetulkan bacaan yang sebetulnya agar didengari oleh imam. Imam yang mendengar teguran itu perlulah membetulkan semula bacaannya. Jika memang diketahui bacaan al-Fatihah dia tidak berapa betul, maka pilihlah orang lain untuk menjadi imam. Dan makmum kenalah beritahu perkara ini kepada imam itu agar dia dapat memperbaiki bacaanya kerana al-Fatihah adalah rukun. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.