BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Slm tn, Masa wabak covid19.. Bolehkah front liner sperti kakitangan hospital solat jamak memandangkn mreka diarahkn btugas 24jam Dan wajib sntiasa pkai pkaian khas mreka yg ckup rumit nk pkai Dan buka.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mereka boleh melakukan solat jamak secara takdim atau takhir tanpa qasar dengan mengambilkira kesukaran dalam keadaan tertentu sahaja. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata Nabi SAW pernah solat tanpa sebarang sebab kegawatan atau perasaan takut dan tanpa sebab hujan. Ibnu ‘Abbas RA berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW menjamakkan di antara solat Zohor dengan Asar dan di antara solat Maghrib dengan Isyak di Madinah tanpa ada kegawatan dan bukan kerana hujan. Lalu ditanya kepada Ibnu Abbas : Apa tujuan Nabi buat sedemikian rupa?. Ibnu Abbas berkata : Baginda tidak ingin menyusahkan umatnya.” (Riwayat al-Tirmizi) Justeru dapat difahami bahawa jika ada sebab keuzuran, atau kegawatan dan juga sekiranya terdapat urusan yang mendesak maka lebih utama baginya menjamakkan solat. Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menukilkan pandangan sebahagian ulama mazhab al-Syaf’i seperti al-Qadhi Husain, Abu Sulaiman alKhattabi, al-Ruyani, Abu Qasim al-Raf’i dan lain-lain. Mereka menyatakan bahawa harus untuk menjamakkan solat kerana keadaan yang gawat, ketakutan dan sakit. Boleh dilakukan sama ada secara taqdim dan ta’khir. Keluasan ini diberikan adalah kerana ingin memberikan keringanan kepada mereka yang terlibat atau ditimpa sebab-sebab tersebut. Bahkan keadaan seperti gawat dan takut adalah lebih utama daripada hujan. Oleh itu frontliner yang terlibat merawat pesakit COVID-19, dengan faktor pekerjaan yang terlalu padat dan ketat, serta dalam keadaan masa yang begitu terhad, maka para ulama’ menyatakan harus untuk jamak ketika dalam keadaan tersebut. Rujukan lanjut : https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Fiqh-Covid-19.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image