BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

salam ustaz maaf menggangu..harap ustaz dpt jwb...kwn sy ada bertanya kpd sy.dia dan isteri bergaduh dan dia telah memaki isterinye dgn perkataan “fuck off” dan berniat untk lepaskn isteri dia.dia bertanya kpd sy adakah “fuck off” tu lafaz kinayah dan bolehkah ustaz terangkn skali ciri ciri lafaz kinayah..kwn sy dtg ke rumah sy dan buntu..sy pon jahil tak tau mcm mana nk tlg


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz “fuck off” dan berniat cerai yang disebut oleh suami boleh dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Lafaz kinayah ialah lafaz yang dinyatakan secara sindiran atau kiasan beserta niat untuk menceraikan isteri. Justeru, kawan tuan hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan oleh Hakim Syarie yang berbidangkuasa mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image