BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum Ustaz, Saya minta sangat2 penjelasan daripada ustaz dlm bab kebersihan qubul sewaktu puasa,dalam hal ini saya keliru sama ada boleh atau tidak membasuh bahagian dalam muncung zakar bahagian hujung, sebagai contoh, membuka bahagian pintu keluar air kencing untuk membasuh, saya risau jika saya hanya basuh bahagian depan zakar saya, tidak dikira bersih lagi, dan saya risau jika membasuh bahagian hujung dalam zakar saya membatalkan puasa


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tentang kebersihan ketika menyucikan kemaluan hendaklah dipastikan bahawa tiada lagi sisa air kencing dengan cara berdehem bagi melawaskan pembuangan kencing. Kemudian cuci kemaluan sehingga bersih. Tidaklah membatalkan puasa jika bahagian depan hujung zakar dicuci dengan bersih dan tidak perlu berasa was-was tentang kebersihannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 88

message user image