BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Asalamualaikum.. Saya seorang peniaga nasi lemak..dan baru ini saya terima bantuan beras dari individu yg menderma pada golongan b40 yg ada anak ramai.. Soalannya..bolehkah saya gunakan beras bantuan itu untuk berniaga nasi lemak dgn niat boleh jadikan hasil yg lebih sedikit..apakah hukumnya Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bantuan beras yang diterima boleh digunakan untu berniaga bagi menampung keperluan keluarga. Setiap bantuan yang telah diterima adalah menjadi hak milik penerima. Oleh itu, penerima bantuan mempunyai hak bagaimana cara untuk memanfaatkan setiap bantuan yang diterima. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image