Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyaan tentang burung peliharaan arwah. Arwah memelihara burung Baji dalam kuantiti yang banyak dalam 2 sangkar yang luas dan besar, cukup makan, minum dan tempat bertelur. Persoalan saya, : - adakah burung peninggalan arwah tidak lagi terikat dengannya di alam sana? Sekiranya tak terikat, adakah burung tersebut boleh dipelihara dan dijual oleh pewarisnya? atau sebaliknya, apakah yang harus dilakukan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, apa jua barang kepunyaan arwah semasa hidupnya adalah menjadi “harta” peninggalannya, termasuklah burung peliharaan. Justeru ia terpulang kepada ahli warisnya untuk mengurus burung tersebut sama ada diagihkan kepada warisnya, terus dipelihara atau dijual, kerana ia menjadi harta peninggalan yang perlu diurus oleh ahli waris. Namun, dicadangkan untuk melepaskan burung tersebut kerana ia lebih afdhal (boleh mencari makan dan bebas). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.