Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, soalan saya. Saya naik grab, penumpang grab yg turun sebelom saya bawa anjing di dlm grab. Perlu ke saya samak pakaian dn lain² sbb saya naik grab lepas penumpang yg bawak anjing tu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tidak perlu disertu pakaian dan lain-lain kerana saudara tidak memegang anjing tersebut. Lagipun anjing tersebut tidak meninggalkan apa-apa najis. Justeru, dalam keadaan kering dengan kering, najis tidak berpindah antara satu sama lain. Namun, jika ada bekas basah atau najis, maka wajib sertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.