BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukumnya seorang isteri meninggalkan suami pulang ke kampung bersama anak-anak nya setelah memujuk suami memberi izin walau pada dasarnya suami x setuju. Apakah yg membolehkan seorang isteri berbuat demikian


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, seorang isteri wajib mentaati dan mendapatkan izin suami apabila hendak keluar daripada rumah. Sekiranya suami tidak membenarkan, maka haram dan berdosa untuk isteri melanggarnya. Hal ini sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Nabi S.A.W dalam peristiwa hadis al-ifk (peristiwa fitnah kepada ‘Aisyah) iaitu ketika ‘Aisyah R.anha meminta izin kepada baginda untuk pulang ke rumah ibubapanya.‘Aisyah berkata kepada Nabi S.A.W: أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَيَّ؟ قَالَتْ: وَأُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا، قَالَتْ: فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Maksudnya: “Adakah engkau mengizinkanku untuk mendatangi kedua ibubapaku? Lalu berkata ‘Aisyah ketika meriwayatkan peristiwa itu : Hal ini disebabkan aku ingin mendapatkan kepastian berita tersebut daripada kedua mereka”. Maka Rasulullah SAW mengizinkan aku”. (Riwayat al-Bukhari) Justeru, oleh kerana suami telah memberikan izin untuk isteri dan anak-anak pulang ke kampung, maka isteri tersebut tidaklah berdosa. Suami perlu redha kerana mungkin ada keperluan yang memerlukan isteri pulang ke kampung pada ketika itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 116

message user image