BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: As salam. Sy ada beberapa persoalan yg agk pjg berkenaan fiqh najis dan taharah, yg kdg2 sy sering was2 dgn najis hingga rsa tergnggu ibadah perasaan mcm risau tk sah ibdah. 1) sy nk tnya jika sy terpegang najis seperti bulu anjing /khinzir dlm keadaan basah/berminyak. Sy tak sempat sertu, tp sy bsuh dgn air biasa kemudian pegang steering kereta dan pulg ke rumah bru sy sertu dgn sempurna. Jadi tiada masalah kn pd benda lain yg sy pegang sbelum itu kerana sy berpendapat tiada berpindh najis 2) Jika telah terguna berus bulu khinzir ketika cat rumah, adakah tak perlu buat apa-apa berkenaan dinding/pintu yang telah dicat kerana tidak tahu 3) Jika sy mempunyai perabot kayu (katil kayu contohnya) yg lama, kemudian sy tak pasti dicat menggunakan berus apa? Tpi sy khuatir sangkaan kuat dari berus bulu khinzir. So adakah sy perlu siasat kemudian sertu @ buang perabot tersebut. Jika buang membazir pula


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Jika keadaan kedua-dua permukaan yang bersentuhan adalah kering, maka tiada perpindahan najis berlaku. Oleh itu, tidak perlu sertu stering kereta dan benda-benda lain yang dipegang sebelum itu. 2. Oleh kerana tuan tidak mengetahui berus tersebut diperbuat daripada bulu khinzir, dan cat telah pun kering maka najis tidak berpindah antara permukaan yang kering dan kering. 3. Perkara ini hanya sangkaan tuan sahaja yang mana bukan peringkat yakin bahawa berus yang digunakan untuk mengecat perabot adalah daripada bulu khinzir, maka sebaiknya tuan mengabaikan syak wasangka tersebut. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT: وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا Maksudnya: “Padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (al-Najm : 28) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 81

message user image