BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, mohon pencerahan mengenai isu harta. Abg sy meninggal dunia pd 17.4.2019 .JPA telah menetapkan sejumlah Wang pampasan kpd Emak. Tp emak pula meninggal seminggu selepas abg sy iaitu pd 27.4.2019. Wang pampasan tu dpt selepas Emak meninggal.Soalannya..duit tersbt wajib dibagikan ikut faraid ke tidak.Tk atas bantuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka. Rujukan link: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15207 Justeru, wang pampasan dari JPA kepada emak menjadi milik emak (walaupun lewat diterima) dan termasuk sebagai harta pusaka emak yang perlu difaraidkan. Bagi penjelasan lanjut, tuan boleh mendapatkan khidmat nasihat pengurusan faraid melalui Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 94

message user image