BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum suami mengaku kepada perempuan lain bahawa dia telah bercerai, telah tidak bersama dan telah pindah ke rumah lain dan mengatakan itu hanya bekas isteri bukan isteri selain mengatakan kahwin tersebut adalah tindakan paling bodoh yg dia buat. Adakah jatuh talak pada isterinya yg sebenar dgn apa yg telah dia ungkapkan pada perempuan lain itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum suami mengaku sudah bercerai dan tidak tinggal bersama isteri kepada perempuan lain adalah berdosa kerana ia adalah dusta. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : واياكم الكذب فان الكذب يهدى الى الفجور وان الفجور يهدى الى النار Maksudnya : “Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu menjerumus kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka” (Riwayat Muslim) Namun demikian, talak tidak jatuh selagi mana suami tidak menceraikan isterinya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 78

message user image