BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum .saye bergaduh dengan isteri saye dan,saye ade berkata begini,”nanti owang hantar awak kat mak ayah awak””adakah jatuh talak tuu. Sebab saye tak tahu soal ni takde niat ape pon


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz “nanti owang hantar awak kat mak ayah awak”, boleh dikategorikan sebagai lafaz talak kinayah (kiasan/ tidak jelas) maksudnya dan menyebabkan salah faham kepada pihak yang mendengarnya, kerana membawa maksud ingin mengembalikan isteri ke pangkuan ibu bapanya semula (cerai). Sebab itu ia memerlukan kepada niat suami semasa melafazkannya untuk lebih jelas. Oleh kerana tuan mengakui tiada berniat apa pun, maka itu bukanlah lafaz yang membawa maksud cerai. Justeru, tidaklah jatuh talak. Dinasihatkan agar perkara ini tidak berulang lagi dan dikhuatiri jika silap cakap, boleh menyebabkan jatuhnya talak tanpa disedari. Sebagaimana hadith diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image