BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam pihaktuan mufti. Saya baru start kerja sbg rider foodpanda. Hari ni sy terpaksa deliver makanan non halal (pork yee mee). Dijadikan cerita, makanan yg dalam bungkusan tu tumpah dalam beg foodpanda. Dan saya jdi panik masa tu. Sy alihkan makanan tersebut dan sy terpaksa sentuh handphone utk update status delivery. Beg tu boleh sy sertu. Tapi macam mna dgn phone dan power bank yg sy sentuh tu? Apa yg perlu sy lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika sentuhan hanya pada bungkusan makanannya sahaja (tidak terkena kuah atau makanan yang basah) maka tidak perlu disertu handphone dan powerbank tersebut, kerana keadaan yang kering dengan kering tidak menajiskan antara satu sama lain. Jika terkena juga, maka tidak boleh tidak hendaklah disertu agar hilang kenajisannya dikawasan yang disentuh (skrin) sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 105

message user image