BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bagaimanakah perlaksanaan solat sekiranya pergerakan sujud dapat dilakukan, tetapi selepas sujud tidak dpt duduk & duduk tahiyat kerana kaki tidak boleh dilipat. Adakah boleh ia naik duduk dikerusi (dari kedudukan sujud) dan turun semula dari kerusi utk sujud kedua. Atau ia perlu duduk terus dikerusi selepas ruku' tanpa perlu turun sujud walaupun ia boleh melakukan pergerakan sujud. Saya cari di utube, hanya menunjukkan cara solat dikerusi dgn andaian pergerakan sujud dan seterusnya tidak dapat dilakukan. Harap mendapat penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pada asalnya, berdiri bagi yang mampu adalah rukun dalam solat. Namun begitu, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Diantara dalil yang membolehkan seseorang itu solat dalam keadaan duduk sekiranya dia tidak mampu untuk solat secara berdiri adalah sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat. Baginda bersabda: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.” (Riwayat al-Bukhari) Justeru, oleh kerana puan mampu berdiri untuk solat, tetapi tidak mampu untuk duduk antara dua sujud, maka puan diwajibkan untuk berdiri (qiyam) dan membaca surah al-Fatihah, rukuk serta i’tidal seperti lazimnya dalam keadaan berdiri. Kemudian, barulah duduk untuk melakukan sujud dan duduk antara dua sujud. Kelonggaran juga diberi kepada puan untuk melakukannya secara duduk di atas kerusi berbanding duduk istirasy (atas lantai). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 170

message user image