Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Beberapa minggu lepas saya mop lantai guna air sabun. Namun, pada lantai terdapat beberapa tompok tahi cicak. Oleh itu, adakah seluruh lantai menjadi najis? Disebabkan ragu-ragu, saya mop semula guna air biasa. Semasa saya mop, ibu saya berjalan, berkaki basah, dari kawasan yang saya tidak mop ke kawasan yang saya sudah mop. Adakah najis itu berpindah? Bagaimana pula dengan solat yang saya lakukan selama ini, adakah sah? Saya juga menjadi was-was dengan masalah ini. Saya selalu berasa berada dalam keadaan bernajis kerana tidak tahu sama ada status lantai tersebut bernajis atau tidak. Soalan saya: 1.Adakah seluruh lantai rumah saya bernajis? 2. KALAU lantai itu bernajis, adakah tempat-tempat lain turut bernajis kerana kami sekeluarga telah berjalan ke sana sini terutamanya selepas keluar tandas berkaki basah.Maksud saya, adakah najis itu berpindah? 3.KALAU lantai itu bernajis, adakah sah solat saya selama ini? 4.KALAU bernajis, adakah saya perlu mop semula dan membersihkan seluruh kawasan di rumah saya? Bagaiman caranya? Maaf kerana soalan agak berbelit. Mohon pencerahan dan jawapan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, keseluruhan lantai rumah tidaklah menjadi najis disebabkan oleh tompokan tahi cicak tersebut, hanya kawasan yang nampak tahi cicak sahaja hendaklah dibuang dan dibersihkan. Oleh kerana puan telah mop semula, maka telah hilanglah kesannya dan solat puan juga adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.