Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: saya nak tanya tentang kafarah sumpah. soalan saya, contoh kalau ada orang buat 2 jenis sumpah. sumpah pertama, aku bersumpah tak akan merokok pada hari isnin. sumpah kedua, aku bersumpah tak akan merokok pada hari selasa. adakah kalau dia langgar kedua-dua sumpah ini, dia akan dikenakan 2 kafarah sumpah atau satu kafarah sahaja disebabkan dia bersumpah untuk tinggal perbuatan yg sama, cuma yang membezakan sumpahnya ialah hari sahaja.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, sumpah yang dilafazkan adalah perkara yang sama, namun diikat pada hari yang berbeza. Dalam keadaan ini, apabila seseorang itu melanggar kedua-dua sumpah ini, maka wajib ke atasnya 2 kaffarah sumpah. Ini kerana sumpah itu selain terikat kepada hal yang disumpahkan, ia juga terikat pada waktu dan masa yang disumpahkan. Adalah lebih baik untuk meninggalkan tabiat merokok terus kerana fatwa semasa menunjukkan merokok adalah haram di sisi Islam kerana mudharat yang timbul kesan daripada merokok tersebut. Kerana meninggalkan perkara yang dilarang tidak memerlukan kepada sumpah atau nazar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.