Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya musykil adakah kotoran bawah kuku menjadikan mandi wajib tidak sah.Adakah saya perlu qadha balik solat setelah bertahun kerana tidak tahu kene buang kotoran bawah kuku.Kerana saya ingat air boleh masuk bawah kuku. itu sahaja sebab rasa terbeban sangat.Dan soalan kedua adakah tahi mata menjadikan wudhu tidak sah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Ketika mandi wajib hendaklah dipastikan air sampai ke seluruh anggota badan termasuklah bawah kuku. Jika terdapat kotoran yang sukar untuk ditanggalkan, tetapi tidak menghalang air ketika mandi, maka sah mandi wajibnya. 2. Tahi mata tidaklah menjadikan wuduk tidak sah, kerana tahi mata bukannya najis. Ia hanya kotoran yang perlu dibersihkan, namun perlu dipastikan ia tidak kering dan melekat hingga menghalang air sampai kepadanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.