BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh kah kita membayar zakat kepada ahli keluarga terdekat yang sentiasa atau bekrja keras mencari rezeki untuk membayar hutang belajar contohnya hutang pembiayaan mara. Nampak seperti ahli keluarga saya ni setiap bulan tak ada pendapatan lebih untuk belanja asas rumah selepas membayar hutang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam bab menyerahkan harta zakat, hukum syarak menegah daripada seseorang itu menyerahkannya kepada waris yang terdekat. Waris yang terdekat ialah, anak, cucu, cicit, ibu bapa, datuk, nenek dan moyang. Secara mudahnya, semua waris yang bersifat menegak, adalah ditegah daripada menerima zakat. Namun, zakat boleh diberikan kepada waris yang bersifat melintang seperti adik, abang, kakak, ibu dan bapa saudara dan sebagainya. Oleh itu, adalah disarankan agar tuan memberikan zakat tersebut kepada pihak institusi zakat kerana dalam wang atau harta zakat itu terkandung hak lapan asnaf zakat. Dalam hal ini Imam as-Syafie sendiri ada mengingatkan para pembayar zakat agar berhati-hati, kerana kesilapan dalam memberikan harta zakat sehingga jatuh kepada orang yang bukan asnaf boleh mengakibatkan pemberian itu tidak menjadi zakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 267

message user image