Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum memakan ikan rebus yang sewaktu membelinya di pasar tidak dibuang perut atau disiang, tetapi sebelum digoreng, telah disiang (buang perut dan mencuci kotoran lain). Jadi apakah hukum nya memakan ikan rebus tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, memakan ikan rebus tersebut adalah harus, kerana telah dibersihkan sebelum digoreng. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.