BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Soalan 1: Senarai puasa yang wajib saya ganti semenjak tahun 2014 hingga tahun 2019 telah hilang, dan saya cuma ingat anggaran hari sahaja... Macam mana saya nak bayar fidyah hutang puasa memandangkan bilangan hari hutang puasa untuk setiap tahun tu saya lupa? (Ya Allah...jahilnya saya) Soalan 2 Boleh ke saya tunaikan bayaran fidyah saya ke tabung NGO OKU kenalan saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bayaran fidyah adalah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin. Bayaran fidyah bukanlah dalambentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Bagi memudahkan urusan bayaran fidyah puan boleh terus datang ke mana-mana cawangan Lembaga Zakat Selangor. Seandainya catatan jumlah hari yang perlu dibayar fidyah tersebut hilang, saudari boleh membuat anggaran atau jangkaan bilangan hari yang perlu dibayar bermula tahun 2014 hingga 2019. Keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor bertarikh 16 januari 2001 mengharuskan bayaran fidyah melalui dua (2) kaedah : 1- Gandaan Fidyah dan kifarah mengikut tahun. 2- Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. Bayaran fidyah tidak boleh dibayar kepada tabung NGO OKU. Tabung NGO OKU tersebut tidak dapat dipastikan bahawa penerimanya nanti adakah daripada kalangan fakir miskin sebenar atau tidak. Sebaiknya buatlah bayaran secara terus kepada mereka yang telah dikenalpasti sebagai golongan asnaf fakir dan miskin. Sekiranya terdapat kesukaran untuk mendapatkan golongan tersebut bolehlah membuat bayaran di mana-mana cawangan Lembaga Zakat Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image