Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Isteri telah menyatakan taklik kepada suami, "sekiranya awak hubungi perempuan itu kita bercerai". Suami bersetuju dengan mengatakan "ok". Kemudian suami telah menghubungi perempuan itu. Adakah jatuh talak dengan taklik?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتهوعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan tuan, jawapan “ok” yang dipersetujui oleh tuan tidaklah menyebabkan jatuhnya talak secara taklik, kerana yang bertaklik adalah isteri bukan suami. Jawapan tersebut adalah persetujuan tuan dan isteri, tetapi tidak dianggap taklik daripada tuan. Justeru, jika suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, maka permohonan tersebut hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk urusan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.