Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya soal haid. Saya kebiasaan haid 8-10 hari. Biasanya darah akan berhenti sekejap pada hari ke 8 dan akan datang semula pada hari ke 10 atau 11 dengan darah koko atau merah yang boleh dikatakan banyak dan berterusan. Apa yang meragukan saya adalah pada hari ke8, apabila ada sedikit sangat keputihan yang keluar membuatkan saya rasa perlu untuk saya mandi wajib. Situasi seperti ini boleh dikatakan berlaku pada setiap kali haid. Keadaan ini membuatkan saya was was untuk fikir waktu mana sepatutnya saya mandi wajib. Ada yang kata selepas sahaja keputihan keluar, perlu mandi wajib. ia agak meragukan kerana keputihan yang keluar terlalu sedikit dan darah yang keluar boleh dikatakan banyak dan juga berterusan... Mohan penerangan waktu yang paling tepat untuk saya mandi wajib. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika begini situasinya dan puan sering berasa was-was, dicadangkan perlu tunggu sehingga waktu maksimum haid iaitu 15 hari. Setelah benar-benar kering, maka barulah mandi wajib. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.