BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang itu ialah seorang islam dan menjadi seorang doktor pembedahan plastik, adakah pekerjaan itu halal dan sumber duit itu juga halal??


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kehalalannya perlu dilihat daripada beberapa aspek. Jika khidmat dan kepakaran itu diguna untuk tujuan menutup aib seseorang, membaikpulih dan mengembalikan fungsi anggota badan agar dapat digunakan dengan baik, maka ia harus dan halal. Jika sebaliknya, seperti bertujuan untuk kecantikan, merubah wajah dan seumpamanya maka ia haram kerana membantu dalam perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawwal 1436H, berkenaan hukum menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam, memutuskan bahawa: Harus menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam dengan syarat tiada kemudharatan kepada kesihatan dan tidak merubah ciptaan Allah. https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2010/629-hukum-menjalani-rawatan-estetik-dan-pembedahan-plastik-di-sisi-islam والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 110

message user image