BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1) adakah air yang dijilat anjing di dalam kolam renang(swimming pool) dikira najis mughalazzah? 2) adakah barang2 yang terkena dengan bekas kaki terkena air liur/darah anjing(dah basuh guna air biasa tetapi tidak lagi disamak) perlu disamak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Air kolam renang yang dijilat anjing tidak dikira najis mughallazah kerana isipadunya melebihi 2 qullah, dengan syarat tidak mengubah bau, warna dan rasa. 2. Barang-barang dan anggota badan yang terkena air liur/ darah anjing hendaklah disertu bagi menghilangkan kenajisannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 73

message user image