Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum. saya ada masalah was-was. bagaimana jika lantai yang terdapat tahi cicak di mop dengan air sabun. dan di mop di seluruh lantai rumah tingkat atas dan bawah. adakah seluruh lantai najis. bagaimana jika dicadar terdapat kesan mazi. saya tidur di atasnya dan berpeluh. adakah seluruh badan saya najis? bagaimana jika terdapat najis hukmiyyah di meja makan. kemudian ada botol air yang basah dan lain-lain yang basah seperti sos kicap di atasnya. adakah najis botol dan barangan lain itu? bagimana jika botol dan barangan-barangan yang basah itu di masukkan ke dalam peti ais. adakah seluruh peti ais itu najis?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, pertamanya berusaha hindarkan perasaan was-was dan jangan dilayan kerana ia mengganggu kehidupan seharian. Jawapan kepada persoalan; i. Jika nampak tahi cicak yang terdapat dilantai perlu dibuang dahulu kemudian barulah mop lantai. Jika tidak nampak dimaafkan. ii. Kesan mazi yang terdapat dicadar hendaklah dibasuh. Jika tidur dan berpeluh hendaklah mandi dan bersihkan badan supaya hilang kesan najis. iii. Botol dan lain-lain yang berada di atas meja selagi tidak nampak najisnya, ia adalah bersih. Justeru jika dimasukkan ke dalam peti sejuk ia tidaklah menajiskan peti sejuk tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.