BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ahli keluarga terdekat saya menjurus kepada ajaran sesat. Bagaimana saya hendak membantu menyedarkan beliau. Untuk makluman, beliau berstatus ibu tunggal dan mempunyai 3 anak lelaki. Tetapi anaknya tidak rapat dengan beliau. Bolehkah tuan berikan cara bagaimana untuk mengatasinya. Dan berikan ustazah atau ustaz yang boleh membantu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak mudah untuk mengatasinya, lebih-lebih lagi jika telah membuat aku janji (baiah) yang biasa dilakukan oleh gurunya. Baiki hubungan anak-anak dengan ibunya, berikan kasih sayang, bantuan dan lain-lain supaya boleh dibawa berbincang. Sebaiknya, buat aduan ke Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran, supaya dapat disahkan sama ada benar atau tidak ajaran yang diamalkan itu adalah sesat. Selain itu, untuk mengesan gurunya yang mengajar ajaran tersebut, supaya bukan sahaja pengikutnya dapat dipulihkan, tetapi juga gurunya supaya dicegah daripada terus menyebarkan ajarannya agar orang ramai terselamat daripada pengaruhnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 128

message user image