BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, Jika seorang itu menyentuh najis lalu ragu jika tangannya basah atau kering, apakah hukumnya? Adakah benar jika sesuatu yang basah sangat sedikit seperti lembap, dan lalu menyentuh najis, hukumnya najis tidak akan pindah, jika tidak boleh dilihat dan bau? Saya sering was-was dan ragu-ragu, bagaimana boleh saya mengatasinya


message user image

Jawapan  

Bagi menjawab persoalan ini, pertamanya puan sendiri hendaklah berusaha agar hindarkan perasaan was-was dan ragu-ragu kerana ia merumitkan kehidupan seharian. 1. Jika ragu tangan itu kering atau basah, hendaklah lihat tangan tersebut ada kesan najis atau tidak. Jika tiada maka tangan itu bersih. Jika ada najis melekat, maka tangan itu bernajis dan hendaklah dicuci. 2. Tidak benar, kategori lembap itu dikira boleh memindahkan najis, kerana belum benar-benar kering. Beberapa catatan ulama’ telah mengesyorkan untuk menghilangkan penyakit was-was ini antaranya; a. Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. b. Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was. Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji, iaitu ujian menentang syaitan. c. Mempelajari tatacara ibadah yang sahih. Dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindari penyakit was-was ini. d. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Fussilat : 36) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image