Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As salam. Perlukan menyamak microwave yang pernah digunakan oleh orang kafir untuk memanaskan makanan yang tidak halal? bagaimanakah caranya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berkongsi microwave dengan non-muslim adalah dibenarkan sekiranya diyakini penggunaan microwave tersebut hanya digunakan untuk memanaskan makanan yang tidak diragui status halalnya. Walaubagaimanapun, sebaiknya dielakkan kerana dikhuatiri jika digunakan untuk memanaskan makanan haram ia akan bercampur dengan bau, warna dan rasa pada tekstur makanan kita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.