BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ,saya ingin bertanya cth Kalo saya dah hbis datang period Dan selang bberapa Hari keluar lendir coklat tapi tidak Ada darah.Sah ker puasa n perlu ker Mandi wajib?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika lendir coklat itu keluar selepas habis haid, tetapi tidak melebihi 15 hari dari hari pertama haid puan, maka ia masih dikira sebagai haid. Tempoh 15 hari digunakan sebagai tempoh maksimum haid menurut mazhab Syafie. Justeru, jika ia masih dalam tempoh 15 hari, maka batal puasa dan perlu mandi wajib. Jika telah melebihi 15 hari, sah puasa dan tidak perlu mandi wajib kerana ia merupakan darah istihadah (penyakit). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 76

message user image