BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan untuk menghilangkan perasaaan was was. Agak2 dalam 3 bulan lepas, ada seekor anjing telah masuk ke rumah saya, dan menggigit sepasang kasut di rumah saya, Tanpa saya sedari, saya telah terpegang kasut tersebut, tetapi kasut tersebut tidak ada kesan basahan atau apa2 kecuali rupa kasut yang telah dikoyakkan lalu saya beranggapan bahawa air liur anjing itu telah kering. Tetapi sampai sekarang saya was was sama ada tangan saya perlu disertu. Jika perlu, adakah beemaksud ibadah saya sebelum ini termasuk juga mandi wajib menjadi sia2 dan tidak sah? Adakah saya perlu mengganti kesemua solat itu semula dan melakukan mandi wajib semula setelah tangan saya disertu? Bagaimana pula dengan tempat2 yang telah saya sentuh sebelum tangan saya disertu? Saya harap tuan dapat menjawab persoalan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika puan yakin kasut yang koyak itu akibat digigit anjing maka hendaklah disertu terus, bagi menghilangkan perasaan was-was dan menjadikan hati lebih tenang. Jika tidak yakin, maka tidak perlu disertu. Justeru tidak perlu tunggu sehingga berbulan-bulan dan hati masih tidak tenang. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata: دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (Riwayat al-Tirmizi) Jika puan yakin, tangan puan kering semasa memegang kasut tersebut yang juga kering, maka tidaklah berpindah najis antara satu sama lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 149

message user image