BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya hendak bertanya mengenai hukum jika seorang wanita yang masih bujang mengambil initiatif untuk membekukan sel telur (ovum) ketika beliau masih muda kerana dikhuatiri akan berkahwin lambat, apakah hukumnya? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat, bahawa : 1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram. 2. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus. Hukum bagi proses pencantuman benih (sperma dan ovum) adalah harus selagi mana ia tidak menyalahi syarak. Oleh kerana saudari belum berkahwin, maka no. 1 adalah terpakai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 88

message user image