Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ada soalan ingin bertanya. Suami saya memberi nafkah kepada anak² nya setiap bulan tanpa culas. Suami sebelum ini tidak mengfailkan hak penjagaan anak kerana persetujuan bersama dgn bekas isteri nya. Sekarang musim PKP, anak² berada bersama suami. Jadi nafkah hanya diberikan kepada anak perempuan yg berada bersama bekas isteri sebyk rm600. Persoalan nya sekarang perlukan suami saya memberi nafkah utk anak² lelaki nya kepada bekas isteri walhal anak² lelaki telah duduk bersamanya selama lebih pada sebulan.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan puan, apabila anak-anak suami tinggal bersama dalam tempoh PKP ini bermakna segala tanggungan dan perbelanjaan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab suami. Maka tiada keperluan untuk bayaran nafkah anak tersebut kepada pihak bekas isteri atas nama nafkah anak-anak tersebut. Bagaimanapun sekiranya terdapat apa-apa bayaran atau pembiayaan untuk anak-anak tersebut yang mengikut perjanjian adalah di bawah tanggungan suami puan dan diuruskan oleh bekas isteri, maka suami puan masih perlu membuat bayaran tersebut mengikut kebiasaannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.