BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanyakan mengenai hukum puasa.. Saya mengalami penyakit gusi berdarah dan gusi saya akan berdarah setiap kali bangun daripada tidur... Adakah sah puasa saya sekiranya saya tidur ketika berpuasa kerana penat dan tidak tahan mengantuk walaupun saya mengetahui bahawa gusi saya akan berdarah selepas bangun daripada tidur... Selalunya saya akan berkumur setelah bangun daripada tidur dan sekiranya masih terdapat darah saya telan juga kerana sudah tidak dapat dibersihkan lagi...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, puasa tidak batal jika tidak ditelan. Sebaiknya berkumur-kumur dan buang. Jika masih berdarah usahakan dengan menahan darah menggunakan kapas atau tisu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image