Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Selepas sahaja melafazkan cerai talak satu (kali yang ke 2) di hadapan kadhi, pasangan tersebut balik ke rumah dan melakukan persetubuhan atas kerelaan dan persetujuan masing-masing tetapi tanpa niat untuk rujuk kembali. Kemudian pasangan tersebut tinggal berasingan sehingga habis edahnya. Adakah ini dikira sebagai rujuk dan apakah status perkahwinan tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, haram hukumnya bersama kerana rujuk tidak berlaku. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.