Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah air kolah dikira air musta'mal?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Sebahagian pendapat mengatakan air mustakmal adalah air yang kuantitinya kurang dari dua kulah dan telah terkena sebahagian anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama manakal. Sebahagian yang lain mengatakan air mustakmal itu adalah air yang kurang dua kolah dan telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama. Hukum air musta’mal juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha’. Ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh dan tidak harus bertayamum sekiranya wujud ianya. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dan air mutlak. (lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59) Oleh itu, hukum air mustakmal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.