BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam.. Saya nak tanya Saya telah melahirkan anak pada 5hb 3..pada hari ke 16 darah nifas dah kering Dan pada hari ke 30 darah keluar balik dan kering selepas beberapa hari Dan sekarang hari ke 52 darah keluar semula..adakah itu darah nifas @ darah haid??


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila darah keluar semula pada hari ke 52 selepas bersalin ia merupakan darah haid. Ini berdasarkan tempoh suci puan selepas darah nifas kering adalah melebihi daripada 15 hari. Maka darah yang keluar adalah dikira darah haid pertama selepas bersalin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image