BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Anak saudara saya ada membeli rumah daripada ayahnya. Tetapi nama utk bill api dan air belum ditukar dan deposit api dan air berjumlah rm500 ++ masih belum dibayar kepada ayahnya. Ditakdirkan ayahnya meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Urusan tukar nama bill api air belum dibuat. Bermakna duit deposit rm500 telah tertunggak. Soalannya boleh atau tidak anak saudara saya tu membayar rm500 dengan menggunakan duitnya sendiri kepada waris (bukan duit deposit yg diterima dari tnb sbb belum berurusan). Dengan niat jika urusan telah dibuat dan pihak tnb kembalikan deposit tersebut duit itu akan menjadi miliknya sahaja x perlu difaraidhkan lagi. Harap pihak Tuan dapat memberikan penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, puan boleh menggunakan kaedah tersebut kerana ingin menyelesaikan urusan berkaitan faraid terlebih dahulu kepada ahli warisnya. Memandangkan urusan pertukaran nama belum sempat diselesaikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 189

message user image