BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Suami saya seorang mualaf (hampir 30 thn) tapi tidak pernah belajar al quran. Beliau hanya menghafal ( menggunakan quran yg ada tulisan rumi). Baru2 ini shj timbul kesedaran utk belajar al quran secara online. Persoalannya dimusim pkp ini beliau menjadi imam solat isyak dan tarawih. Apakah hukum solat kami kerana bacaannya tidak betul dan tepat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tempoh 30 tahun itu sudah dikira sebagai mukallaf bukan lagi muallaf. Dan banyak peluang untuk mempelajari al-Quran dalam tempoh tersebut melalui kelas-kelas agama, berguru dengan guru al-Quran dan sebagainya. Tidak salah mempelajari al-Quran secara online, tetapi jika berlaku kesalahan pada bacaan, tiada siapa yang boleh menegurnya. Sebaiknya, mempelajari bacaan al-Quran hendaklah berguru agar bila bacaan tidak betul, maka guru boleh betulkan secara langsung. Jika bacaan suami tidak betul atau tidak tepat walaupun setelah berusaha untuk menyebutnya dengan betul atau kerana loghat bahasanya yang sukar untuk diubah, maka ia dimaafkan, dan solatnya adalah sah. Dinasihatkan agar sentiasa belajar dan berusaha untuk memperbaikinya di masa-masa akan datang. Namun, jika ada anak lelaki yang lebih baik bacaannya, maka hendaklah didahulukan menjadi imam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 163

message user image