BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum...saya ingin bertanya...adik saya ada meminjam duit pd kawan dia...baru2 ni dapat berita kawan dia meninggal..kwm dia dah bercerai dgn isteri dia dan dia mempunyai 2 org ank lelaki yg masih bersekolah...ank2 dia dijga oleh bekas mertua dia...soalan saya..pd siapakah duit yg adik ssya pinjam tu patut diberikan. Sekian..wassalam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, duit yang dipinjam adik hendaklah dipulangkan kepada waris terdekatnya iaitu ibu bapa arwah (jika masih ada) dan anak-anaknya, kerana arwah telah bercerai dengan isterinya. Jika perceraian berlaku sebelum kematiannya, maka bekas isteri tidak layak mendapat harta pusaka. Hutang adik kepada arwah merupakan harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada ahli warisnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 152

message user image