BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan pandangan tuan mufti berkenaan dengan pengecualian berpuasa pada bulan Ramadhan kepada golongan yang mempunyai sakit kronik. Untuk pengetahuan tuan, saya menghidap sakit psoriasis, sejenis penyakit autoimun yang tiada ubat khusus sehingga kini. Baru-baru ini, saya menyertai satu group bagi rawatan alternatif psoriasis. Pengasas group tersebut selalu menasihatkan supaya badan mesti mempunyai air yang cukup kerana kekurangan air akan menyebabkan 'flare up' atau keadaan boleh bertambah buruk ke seluruh badan. Dia menasihatkan pesakit psoriasis kronik supaya tidak berpuasa sehingga betul-betul sembuh menggunakan rawatan alternatif tersebut. Dan mengikut testimoni, ramai pesakit yang sudah sembuh dan semakin baik menggunakan rawatan tersebut. Soalan saya, adakah seorang pesakit psoriasis kronik dibolehkan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, saudari boleh untuk tidak berpuasa apabila pihak doktor menasihati untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi apabila jika dengan berpuasa akan lebih membawa kemudaratan kepada kesihatan saudari. Puasa yang ditinggal wajib diqada’ apabila telah sihat dan diyakini tidak memudaratkan kesihatan. Jika masih tidak mampu berpuasa perlulah saudari membuat bayaran fidyah terhadap puasa tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image