BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. nk tanya psl fidyah sikit boleh . 1. Jika kita x ingt n xpasti berapa hari dan tahun kita meninggalkn puasa dr umur baligh sehingga skrg mcm mn nk buat byrn fidyah dan ganti puasa. 2. bagaimana kiraan fidyah yg melangkau tahun?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Seseorang yang masih hidup diwajibkan untuk mengqadha’ puasa yang ditinggalkan sebelum Ramadhan tahun berikutnya. Jika terlewat, maka diwajibkan qadha’ dan fidyah (secupak makanan asas) mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya saudari tidak pasti bilangan hari dan tahun yang ditinggalkan, maka buatlah anggaran bilangan hari dan tahun yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati). Sebagai contoh, saudari tidak tahu berapa hari saudari telah tinggalkan puasa, tetapi saudari rasa tidak kurang dua minggu (14 hari) selama 10 tahun. Jadi gantilah sebanyak dua minggu (14 hari) dikalikan dengan 10 tahun kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan pembayaran fidyah. 2. Terdapat dua kaedah bagi bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan. Ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. Saudari juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 200

message user image